Pages
▼
KE MANA ROH KITA SELEPAS MATI
Apabila seorang hamba Allah S.W.T telah meninggal dunia, maka roh mereka akan menuju ke tujuh tempat;
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah SAW: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya adalah;
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.”
Jadilah kita orang Islam yang sempurna agar roh kita ditempatkan ke tempat yang paling baik apabila kita mati kelak. Sentiasa kemaskini ilmu agama kita.
Wallahualam (Kemana ROH Kita Selepas Mati).
Sumber