Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata :Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik kamu
adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu
mengajarnya."
Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:
"Barangsiapa
membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran)
maka baginya pahala satu HASANAH (satu
kebajikan) dan satu HASANAH itu berganda
sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah
satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM
satu huruf dan MIIIN satu huruf."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
"Kau pergi dipagi hari lalu kau
belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN),
sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."
Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:
"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab
Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH
berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah
s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."
Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Hai Abu Hurairah, pelajarilah
Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga
datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun
kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
"Barangsiapa mengajarkan kepada
anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu)
berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik
baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."
EHSAN : KLIK SINI